Sabtu, 25 Oktober 2008

PENCALONAN TERKINI UMNO

PENCALONAN TERKINI UMNO

* 20 Oktober jam 12.00 tengah malam 2008

Presiden (58 pencalonan layak bertanding)
Datuk Seri Najib Tun Razak (66)

Timbalan Presiden (39)
1. Tan Sri Muhyiddin Yassin (44)
2. Datuk Seri Mohd Ali Rustam (13)
3. Tan Sri Mohammad Mohd. Taib (9)

Naib Presiden (20)
1. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (55)
2. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (38)
3. Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (32)
4. Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (32)
5. Datuk Seri Syed Hamid Albar (12)
6. Tan Sri Mohd Isa Samad (7)
7. Datuk Seri Dr. Rais Yatim (6)
8. Datuk Seri Shahidan Kassim (6)
9. Datuk Seri Jamaluddin Jarjis (4)
10. Tan Sri Rahim Tamby Chik (4)
11. Datuk Seri Mohamad Hassan (2)
12. Tan Sri Annuar Musa (1)

Ketua Wanita (39)
1. Tan Sri Rafidah Aziz (81)
2. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (41)

Naib Ketua Wanita (29)
1. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (73)
2. Datuk Kamalia Ibrahim (21)
3. Datuk Seri Azalina Othman Said (6)
4. Datuk Halimah Mohamed Sadique (2)
5. Dr Norraesah Mohamad (1)
6. Maznah Mazlan (1)

Ketua Pemuda (39)
1. Datuk Mukhriz Mahathir (61)
2. Khairy Jamaluddin (37)
3. Datuk Seri Mohamad Khir Toyo (28)
4. Datuk Zahidi Zainul Abidin (1)

Naib Ketua Pemuda (29)
1. Razali Ibrahim (62)
2. Datuk Rizal Merican Naina Merican (52)
3. Bahrul Razha Chuprat (4)
4. Khairy Jamaluddin(1)
5. Faizal Abdullah (1)
6. Marzuki Yahya (1)
7. Megat Zulkarnain Omardin (1)

Ketua Puteri (2)
1. Datuk Shahaniza Shamsuddin (48)
2. Rosnah Abdul Rashid Shirlin (45)
3. Datin Ismalina Ismail (27)
4. Bibi Sharlizah Mohd. Khalid (16)
5. Azlina Mehtab Mohd Ishaq (7)
6. Nordiana Shafie (1)

Naib Ketua Puteri (2)
1. Nolee Ashilin Radzi (44)
2. Shahanim Mohd Yusof (31)
3. Dr. Wan Norashikin Wan Nordin (23)
4. Senator Datuk Nordiana Shafie (22)
5. Haslinda Zerain (18)

Majlis Tertinggi
1.Datuk Seri Musa Aman (46)
2.Datuk Mustapa Mohamed (45)
3.Datuk Noh Omar (44)
4.Datuk Tajuddin Abdul Rahman (40)
5.Datuk Abdul Ghani Othman (39)
6.Datuk Zainal Abidin Osman (39)
7.Senator Datuk Azian Osman (39)
8.Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad (38)
9.Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed (36)
10.Datuk Seri Adnan Yaakob (35)
11.Datuk Ismail Sabri Yaakob (34)
12.Datuk Hamzah Zainudin (34)
13.Datuk Seri Mahdzir Khalid (30)
14.Datuk Shahrir Samad (31)
15.Datuk Azalina Othman Said (29)
16.Datuk Dr. Mohd. Zambry Abd. Kadir (28)
17.Datuk Seri Mohamad Hasan (27)
18.Datuk Awang Adek Hussin (26)
19.Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (25)
20.Dr.Mohd. Puad Zarkashi (24)
21.Datuk Noraini Ahmad (23)
22.Datuk Husni Ahmad Hanadzlah (22)
23.Datuk Mohamad Norza Zakaria (21)
24.Datuk Idris Haron (20)
25.Datuk Lajim Ukin (20)
26.Datuk Johari Baharom (20)
27.Datuk Saifuddin Abdullah (19)
28.Datuk Seri Idris Jusoh (19)
29.Datuk Anifah Aman (19)
30.Datuk Seri Zulhasnan Rafique (19)
31.Datuk Shaziman Abu Mansor (18)
32.Datuk Ahmad Shabery Cheek (18)
33.Datuk Syed Ali Alhabshee (16)
34.Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu (16)
35.Datuk Ahmad Said (15)
36.Datuk Dr. Noraesah Mohamad (12)
37.Datuk Radzi Manan (12)
38.Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Omar (12)
39.Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (11)
40.Datuk Abdul Latif Mirasa (11)
41.Datuk Jamaluddin Jarjis (11)
42.Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya (11)
43.Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (10)
44.Senator Datuk Abdul Rahman Bakar (10)
45.Datuk Seri Shahidan Kassim (9)
46.Datuk Hasan Malek (9)
47.Datuk Bung Moktar Radin (9)
48.Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin (9)
49.Datuk Wan Adnan Wan Mohammad (8)
50.Datuk Mohd. Alwi Che Mat (8)
51.Datuk Astaman Abdul Aziz (7)
52.Datuk Seri Masidi Manjun (6)
53.Datuk Ishak Ismail (6)
54.Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (6)
55.Datuk Ahmad Lebai Sudin (5)
56.Kapten (B) Datuk Zahar Hashim (5)
57.Datuk Azimi Daim (5)
58.Datuk Salleh Said Keruak (5)
59.Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman (5)
60.Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (4)
61.Datuk Seri Azmi Khalid (4)
62.Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri (4)
63.Datuk Mohd. Shariff Omar (4)
64.Datuk Ghazali Ibrahim (4)
65.Datuk Azhar Ibrahim (4)
66.Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali (4)
67.Datuk Subahan Kamal (3)
68.Tan Sri Rahim Thamby Chik (3)
69.Datuk Seri Syed Hamid Albar (3)
70.Datuk Seri Rais Yatim (3)
71.Datuk Tengku Putera Tengku Awang (3)
72.Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (3)
73.Datuk Halimah Mohd. Sadique (3)
74.Datuk Lilah Yassin (2)
75.Datuk Khalid Yunus (2)
76.Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin (3)
77.Datuk Shahiruddin Moin (2)
78.Datuk Mohd. Said Yusof (2)
79.Datuk Dr. Ibrahim Saad (2)
80.Datuk Zahidi Zainul Abidin (2)
81.Tan Sri Jins Shamsudin (2)
82.Datuk Shamsul Nazmi Shamsudin (2)
83.Datuk Maznah Mazlan (1)
84.Datuk Suhaili Abdul Rahman (1)
85.Datuk Zainal Abidin Ahmad (1)
86.Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (1)
87.Datuk Napsiah Omar (1)
88.Datuk Zein Isma (1)
89.Datuk Dr. Abdullah Md. Zin (1)
90.Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (1)
91.Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor (1)
92.Datuk Mokhtar Mohamad (1)
93.Datuk Sazmi Miah (1)
94.Datuk Adam Abdul Hamid (1)
95.Datuk Abdullah Hisan (1)
96.Datuk Dr. Abdul Malik Hanafiah (1)
97.Datuk Razali Ismail (1)
98.Datuk Sheikh Mansor (1)
99.Datuk Md. Rozai Shafian (1)
100.Datuk Dr. Mashitah Ibrahim (1)
101.Datuk Hashim Suboh (1)
102. Datuk Raja Nong Chek Datuk Raja Zainal (1)
103. Datuk Khamsiyah Yeop (1)
104. Tajuddin Sulaiman (1)
105. Aziz Jamaluddin (1)
106. Nafsiah Omar (1)
107. Mohd Puad Abdul Rahman (1)

sumber: Utusan Malaysia 25.10.2008

Rabu, 15 Oktober 2008

ISU KAUM LAGI

Lian Hoe diminta berundur



Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA


KUALA LUMPUR 14 Okt. - Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe dicadangkan supaya berundur daripada pentadbiran kerajaan jika beliau tidak memahami sejarah dan cuba mencari populariti dengan menyentuh sentimen perkauman di negara ini.


Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, sebagai seorang timbalan menteri, Lian Hoe tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan dangkal yang menyentuh sensitiviti kaum lain.

''Saya kesal dan kecewa kerana beliau (Lian Hoe) sengaja menyalakan api perkauman dengan mengeluarkan kenyataan seperti itu,'' kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Syed Ali mengulas mengenai tindakan Lian Hoe pada persidangan Gerakan Jumaat lalu yang memberi peringatan supaya semua pihak tidak melupakan sejarah selain menyamakan asal usul setiap kaum di negara ini.

Beliau dipetik sebagai berkata; ''Orang Melayu datang dari kepulauan Melayu di Nusantara. Orang Cina dari negara China. Orang India dari negara India.''

Sambil menyifatkan Lian Hoe sebagai buta sejarah, Syed Ali menegaskan, Gerakan juga sejak akhir-akhir ini semakin tidak menghormati semangat setiakawan dalam Barisan Nasional (BN).

''Gerakan pada saya sudah keterlaluan dan tidak rasional dalam membicarakan hak serta ketuanan Melayu. Mereka secara terbuka mempersoalkannya seolah-olah parti itu membawa agenda pembangkang terutama DAP,'' katanya.

Katanya lagi, sejarah Nusantara Melayu yang meliputi Filipina, Tanah Jawa sehingga ke selatan Thai melangkau ke Yunan membuktikan kewujudan bangsa Melayu sejak sekian lama.

''Bangsa Melayu mula tegak sebagai kerajaan berdaulat apabila terbentuknya kerajaan Langkasuka (Kedah) dan kesultanan Melayu Melaka di samping banyak lagi kerajaan Melayu di kepulauan Nusantara,'' katanya.

Sehubungan itu, katanya lagi, Lian Hoe tidak sepatutnya mempersoalkan status orang Melayu sebagai masyarakat peribumi negara ini kerana UMNO tidak pernah sesekali mengungkit asal usul mereka.

''Selama ini, UMNO menghormati prinsip setiakawan dalam BN, tetapi malangnya Gerakan sudah menampakkan sikap tidak jujur dalam beberapa perkara terutama selepas pilihan raya umum lalu,'' katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang turut mendesak Gerakan mengenakan tindakan terhadap Lian Hoe berkata, Ketua Wanita Gerakan itu sepatutnya tidak terikat dengan mentaliti penjajah yang tidak memahami tentang konsep wilayah kebudayaan Melayu di kepulauan Nusantara ketika membuat kenyataan.
Katanya, sekiranya sesuatu kaum asal yang berada di dalam lingkungan wilayah kepulauan Nusantara berhijrah ke tempat lain yang masih berada di dalam kepulauan itu, maka ia bukanlah pendatang.

''Tetapi, apabila orang Cina dari wilayah kebudayaan China datang ke kepulauan Nusantara dan menetap di situ, maka mereka adalah pendatang pada ketika itu,'' katanya.

Mohd. Puad berkata, orang Melayu sudah berada dalam wilayah kepulauan Nusantara sejak sekian lama dan ia termasuklah orang asli yang juga berasal dalam rumpun Nusantara itu.

''Jadi, sekiranya Lian Hoe tidak faham akan fakta sejarah, tidak perlu membuat hujah sebegitu yang mirip seperti Lee Kuan Yew (bekas Perdana Menteri Singapura),'' katanya.

Mohd. Puad berkata, kenyataan Lian Hoe itu dilihat berbahaya kepada BN dan juga perpaduan masyarakat di negara ini.

''Malah ia lebih berbahaya daripada kenyataan yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Bendera, Datuk Ismail Ibrahim sebelum ini,'' katanya.

Justeru, katanya lagi, Lian Hoe sepatutnya dikenakan tindakan sekurang-kurang amaran keras mengenai perbuatannya mengeluarkan kenyataan tersebut.

''Jika UMNO boleh kenakan tindakan terhadap ahlinya yang dikatakan mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman, kenapa Gerakan tidak boleh buat perkara sama terhadap ahlinya yang berkata-kata demikian,'' katanya.

Ketua Penerangan Puteri UMNO, Datuk Shahaniza Shamsuddin pula berpendapat, Lian Hoe sepatutnya berhati-hati dan berfikir sedalam-dalamnya sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang melibatkan kaum lain di negara ini.

''Lian Hoe jangan mencari populariti dengan cara ini sebab ia sepatutnya disedari bahawa kenyataan seperti itu akan menyentuh sensitiviti kaum.

''Dalam kita hendak mencapai kesepakatan yang kukuh dalam BN, beliau tidak boleh berbuat begini,'' katanya.

Shahaniza berkata, sebagai seorang pemimpin tertinggi sebuah parti komponen BN, Lian Hoe sepatutnya mengetahui bahawa kenyataan seperti itu berupaya menjejaskan perpaduan dalam BN.

sumber: Utusan Malaysia 15.10.2008

Isnin, 13 Oktober 2008

Pencalonan Umon

UMNO mantap, relevan jika diterajui Najib-Muhyiddin

BATU PAHAT 12 Okt. - UMNO akan bertambah mantap dan terus relevan sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin digabungkan sebagai Presiden dan Timbalan Presiden dalam pemilihan UMNO Mac depan.

Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kedua-dua tokoh itu kaya dengan idea serta mempunyai pengalaman luas dalam kepimpinan yang wajar digabungkan bagi menerajui UMNO dan negara.

Beliau yakin Najib dan Muhyiddin mempunyai formula lebih berkesan untuk menggariskan strategi yang dapat mengembalikan kekuatan UMNO dan Barisan Nasional (BN) jika 'gabungan' itu direalisasikan.

Kali ini orang UMNO perlu memilih pucuk pimpinannya berdasarkan gabungan ini kerana ia turut menjadi harapan rakyat, katanya selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Batu Pahat di sini hari ini.

Pada persidangan itu, UMNO bahagian tersebut turut mencalonkan Najib selaku Presiden dan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang turut dicadangkan merebut jawatan Presiden oleh ahli UMNO cawangan Kampung Merdeka, Abdullah Ismail hanya memperoleh 17 undi daripada lebih 500 perwakilan.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Shafie Apdal pula dicalonkan sebagai Naib Presiden UMNO.

Bagi jawatan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Badaruddin Amiruddin dicalonkan untuk jawatan tersebut bergandingan dengan Datuk Mohamad Aziz yang dicalonkan sebagai Timbalan Pengerusi Tetap.

Mohd. Puad yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat pula berjaya mempertahankan jawatan ketua bahagian itu dengan menang tanpa bertanding.

Beliau berkata, Najib dan Muhyiddin dapat bekerjasama dalam membangun dan memajukan parti dan negara.

"Ini selaras dengan tuntutan ahli-ahli UMNO sendiri yang mahukan mereka bekerjasama," katanya.

Beliau melahirkan rasa bangga terhadap para perwakilan bahagian Batu Pahat kerana telah mencalonkan Najib sebagai Presiden UMNO dan Muhyiddin sebagai timbalannya.

"Ini menunjukkan perwakilan faham mesej bahawa kali ini kita bukan memilih gabungan berasaskan emosi, tetapi atas kemampuan dan kebolehan mereka melaksanakan tanggungjawab," katanya.

Mengenai peralihan kuasa, Mohd. Puad berkata, tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO membuktikan beliau amat memahami kehendak akar umbi.

"Ini juga selaras dengan mesyuarat agung khas yang telah diadakan oleh UMNO Bahagian Batu Pahat baru-baru ini," katanya.

Sementara itu, UMNO bahagian tersebut turut mencalonkan 25 nama untuk merebut jawatan Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada persidangan perwakilan Mac depan.

Mereka termasuk Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad.

sumber: Utusan Malaysia 13.10.2008

Najib, Muhyiddin dahului

Najib, Muhyiddin dahului

KUALA LUMPUR 12 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak setakat ini menjadi calon tunggal untuk mengisi jawatan Presiden UMNO apabila 28 bahagian UMNO yang telah selesai bersidang memberikan sokongan padu dengan mencalonkan beliau ke jawatan itu.

Sebanyak 28 bahagian UMNO termasuk 25 yang bermesyuarat hari ini memberikan pencalonan yang tidak berbelah bagi kepada Najib untuk memimpin UMNO.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO itu memerlukan 30 peratus pencalonan atau 58 daripada 191 bahagian UMNO untuk melayakkan diri bertanding jawatan itu.

Ini bermakna Najib hanya memerlukan 30 pencalonan lagi untuk melepasi kuota kelayakan bagi bertanding jawatan Presiden.

Bagi jawatan Timbalan Presiden pula, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendahului dua lagi pencabar dengan 23 pencalonan setakat ini.

Setelah mendapat tiga pencalonan semalam, hari ini Muhyiddin meraih 20 lagi pencalonan.

Bahagian yang mencalonkan Muhyiddin hari ini ialah Shah Alam, Cheras, Tasek Gelugor, Bukit Gelugor, Pontian, Mersing, Pasir Gudang, Pagoh dan Batu Pahat.

Turut mencalonkannya ialah Kalabakan, Bagan Datoh, Semporna, Kuantan, Rompin, Bagan Serai, Taiping, Kampar, Jelebu, Jempol dan Rasah.

Naib Presiden UMNO itu memerlukan 38 pencalonan untuk layak bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Untuk layak, Muhyiddin memerlukan 15 lagi pencalonan.

Sementara itu, dua lagi calon bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menerima tiga pencalonan dan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib pula memperoleh dua pencalonan.

Mohd. Ali yang merupakan Naib Presiden UMNO menerima pencalonan daripada UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Kota Melaka dan Parit Buntar, manakala Muhammad yang juga Ketua Penerangan UMNO menerima pencalonan daripada UMNO Bahagian Beruas dan Subang.

Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang turut menawarkan diri merebut jawatan Presiden UMNO setakat ini masih belum menerima sebarang pencalonan.

Begitu juga dengan Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang sebelum ini menawarkan diri untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Tiga lagi bahagian UMNO yang sepatutnya bersidang hari ini iaitu Silam, Sipitang dan Tawau menangguhkan mesyuarat masing-masing.

Semalam, Najib dan Muhyiddin memperoleh pencalonan daripada tiga bahagian yang telah pun menyempurnakan persidangan masing- masing iaitu Machang, Besut dan Kimanis.

Bagi jawatan Naib Presiden pula, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein jauh meninggalkan calon-calon lain apabila menerima 25 pencalonan yang sekali gus melayakkan beliau melepasi syarat kelayakan bertanding.

Senarai itu diikuti Datuk Mohd. Shafie Apdal dengan 14 pencalonan, manakala Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula menerima 13 pencalonan. Pencabar lain iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memperoleh sembilan pencalonan, Datuk Seri Syed Hamid Albar (6), Datuk Seri Dr. Rais Yatim (5), diikuti Tan Sri Mohd. Isa Samad (4) dan Datuk Seri Shahidan Kassim (3).

Sementara itu, Datuk Seri Mohamad Hassan dan Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis masing-masing menerima dua pencalonan manakala Tan Sri Annuar Musa hanya mendapat satu pencalonan.

Jumlah pencalonan yang diperlukan untuk melayakkan diri bertanding jawatan Naib Presiden ialah 19 pencalonan.

Persaingan jawatan pergerakan Wanita dan Pemuda juga menyaksikan beberapa calon yang menawarkan diri untuk bertanding melepasi had kelayakan.

Bagi calon Ketua Wanita, Tan Sri Rafidah Aziz layak bertanding apabila mendapat 48 pencalonan. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil setakat ini hanya meraih 12 pencalonan untuk jawatan Ketua Wanita.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir pula menjadi calon pertama layak bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO dengan memperoleh 39 pencalonan.

Kuota bagi bertanding jawatan itu ialah 38 pencalonan sama seperti Pergerakan Wanita.

Pencabar terdekat Mukhriz, Khairy Jamaluddin pula setakat ini mendapat 18 pencalonan, sementara bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo meraih lapan pencalonan.


Sumber: Utusan Malaysia 13.10.2008

Jumaat, 10 Oktober 2008

Najib, Muhyiddin terima dua pencalonan terawal
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima pencalonan awal apabila dua bahagian Umno mula bersidang hari ini, masing-masing untuk bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti, Mac depan. Mesyuarat Umno Bahagian Kimanis di Sabah dan Umno Bahagian Machang di Kelantan adalah bahagian yang pertama daripada 191 bahagian Umno di seluruh negara yang mengadakan mesyuarat perwakilan mereka. Najib yang juga Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri semalam menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan keputusan tidak mempertahankan jawatan itu Rabu lalu.

Ismail Bangsawan tarik diri tanding Presiden
KANGAR: Pelakon bangsawan dan penggiat teater Perlis, Ismail Hashim, menarik balik hasratnya bertanding jawatan Presiden Umno dalam pemilihan parti Mac depan, kira-kira 24 jam selepas menawarkan diri untuk berbuat demikian. Keputusan itu dibuat Ismail yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda Bahagian Arau, selepas mengambil kira pelbagai maklum balas termasuk kritikan diterima sepanjang tempoh 24 jam selepas pengumumannya semalam. Ismail atau lebih dikenali sebagai 'Mail Bangsawan' berkata selepas berita mengenai hasratnya bertanding disiarkan akhbar, ramai rakan seperjuangan dalam Umno terutama dari Perlis menghubunginya.

Muhyiddin nafi bentuk pakatan dengan Najib
SEREMBAN: Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan petang ini beliau membentuk pakatan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk bertanding dua jawatan tertinggi Umno pada pemilihan parti, Mac depan. Beliau sekali gus menyangkal dakwaan yang dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Port Dickson, kira-kira tiga bulan lalu, tetapi menganggapnya sebagai baik bagi membayangkan wujud keserasian di antara mereka berdua. Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis jamuan Aidilfitri anjuran ahli Umno di sini.

Pemuda Jerlun calonkan Mukhriz, Razali
ALOR STAR: Pemuda Umno Bahagian Jerlun yang bermesyuarat petang ini sebulat suara mencalonkan Datuk Mukhriz Mahathir untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia. Sementara Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim dicalonkan untuk merebut jawatan naib ketua pergerakan itu pada pemilihan parti, Mac depan

Puteri Padang Serai calonkan Asmalina, Shahanim
ALOR STAR: Puteri Umno Bahagian Padang Serai yang bermesyuarat hari ini sebulat suara mencalonkan Datin Asmalina Ismail untuk bertanding jawatan Ketua Puteri Umno Malaysia. Bahagian itu juga mencalonkan Shahanim Mohamad Yussof juga dengan sebulat suara bagi jawatan Naib Ketua Puteri.

Puteri Baling calonkan Bibi Sharliza, Shahanim
ALOR STAR: Puteri Umno Bahagian Baling petang ini sebulat suara mencalonkan Bibi Sharliza Mohd Khalid untuk jawatan Ketua Puteri Umno Malaysia. Bagi jawatan Naib Ketua Puteri, bahagian itu mencalonkan Shahanim Mohamad Yussof, juga dengan sebulat suara.

Sumber: Berita Harian Jumaat 10.10.2008

UMNO MALAYSIA

Najib tanding Presiden
KUALA TERENGGANU 9 Okt. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini secara rasmi menawarkan diri bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Mac depan.

Sokong Najib 100 peratus
BACHOK 9 Okt. - Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta perwakilan bahagian yang memulakan persidangan esok supaya memberi sokongan 100 peratus kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menerajui kepimpinan parti.

Muhammad tawar diri
SHAH ALAM 9 Okt. - Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib hari ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti Mac ini

Ali Rustam sahkan keputusan
PUTRAJAYA 9 Okt. - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam mengesahkan keputusan beliau untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti Mac tahun depan adalah muktamad

Zahid Hamidi tarik diri
KUALA LUMPUR 9 Okt. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengubah fikiran untuk hanya bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti Mac depan

Sumber: Utusan Malaysia Jumaat 10.10.2008